Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa.
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Showing posts with label keistimewaan wanita. Show all posts
Showing posts with label keistimewaan wanita. Show all posts
Sunday, October 11, 2009
wanita yang istimewa
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai isteri merempuh badai disisi suami,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai ibu membuai anak,kala suami menjalin mimpi,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu cicit,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis,
Cantiknya seorang wanita itu,sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah diatas sejadah.

Subscribe to:
Posts (Atom)