Sunday, October 11, 2009

Majlis Keselamatan Makanan Dan Pemakanan Kebangsaan

MAJLIS KESELAMATAN MAKANAN DAN PEMAKANAN KEBANGSAAN (MKMPK)


MPMPK adalah badan penasihat tertinggi negara dalam menangani semua perkara berhubung dengan keselamatan makanan dan pemakanan. Ia juga bertindak untuk memperkukuhkan usaha semua agensi yang terlibat dalam keselamatan makanan dan pemakanan supaya ia boleh meningkatkan national coherence dengan mengambil kira keperluan kepada pendekatan bersepadu, mengurangkan pertindihan tugas yang mengoptimumkan sumber kepakaran yang ada dari kedua-dua sektor awam dan swasta.

PENUBUHAN MKMPK

MKMPK telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 21 Mac 2001. Manakala Majlis Pemakanan Kebangsaan merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000).

TUJUAN

Memastikan kesihatan semua rakyat terjamin dengan memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan di negara ini dan memastikan rakyat negara ini mencapai taraf pemakanan yang optimum.


FUNGSI

Di antara fungsi MKMPK adalah seperti berikut:

• Menjadi badan penasihat tertinggi kepada kerajaan dalam segala hal berkaitan keselamatan makanan dan pemakanan; merangka pelan tindakan strategik terhadap aktiviti jangka panjang; mengenalpasti isu utama yang wujud dan membentuk rangkaian jawatankuasa teknikal yang baru untuk menyelaras urusan berkaitan termasuk bagi tujuan pembangunan dan pelaburan.

• Membentuk dan mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan bagi menghadapi cabaran-cabaran baru dalam keselamatan makanan dan pemakanan tempatan, serantau dan antarabangsa.

• Membentuk sistem kawalan keselamatan makanan dan pemakanan yang mantap berlandaskan fakta saintifik dengan menggunakan pengawasan, penguatkuasaan, pemeriksaan, penyelidikan dan pembangunan secara bersepadu. Di samping itu fakta makanan yang berkaitan dengan budaya dan agama juga akan diberi perhatian.

• Membentuk persetujuan kerajaan berhubung dengan dasar keselamatan makanan dan pemakanan di setiap peringkat pengeluaran makanan yang melibatkan pelbagai agensi pusat, negeri, pihak berkuasa tempatan, pengguna dan sektor tertentu termasuk swasta.


PERANAN

• Memastikan bekalan makanan negara adalah selamat dan bermutu.

• Memastikan kepentingan public health advocacy kerajaan dalam bidang keselamatan makanan dan polisi.

• Meletakkan Malaysia sebagai negara yang memainkan peranan utama dalam bidang keselamatan makanan di peringkat serantau dan antarabangsa.


KEANGGOTAAN

Pengerusi : YB Menteri Kesihatan

Ketua Sekretariat : Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

Ahli:

Dianggotai oleh seramai 49 ahli seperti berikut:

• 17 Ketua Setiausaha dan 25 orang Ketua Pengarah pelbagai kementerian/ agensi.
• Peguam Negara
• Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM)
• Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
• Presiden Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT)
• Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)
• Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran Malaysia (MAEH)
• Presiden Institut Kimia Malaysia.

Majlis Keselamtan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

a. Jawatankuasa Induk Keselamatan Makanan

b. Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan (NCCFN)

c. Jawatankuasa Kumpulan Kerja Teknikal Keselamtan Makanan

d. Kumpulan Kerja Teknikal Pemakanan (TWG)

PENCAPAIAN MKMPK

Keputusan penting yang telah dibuat termasuk:

• Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan
• Dasar Permakanan Kebangsaan Malaysia
• Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan
• Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia II (2006 – 2015)
• Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Analisis Makanan
• Penubuhan Akademi Latihan Kebersihan dan Keselamatan Makanan (ALKEM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

No comments:

Post a Comment